blank

blank
confused

Monday, January 12, 2015

Persoalan diri

Semalam.. tak la semalam sangat..
Banyak yang dibualkan aku. Biasalah.. dengan rakan-rakan social..

"Apa yang membuatkan kau mcm ni?
Sebab keadaan sekeliling ke?
Kurangnya kasih sayang ke?
Perpecahan keluarga ke?"

Pada aku, sikit pon x pernah terkesan dengan itu. Sikit pon aku tak rasa ia puncanya. Sikit pun tidak.

Aku,
Aku begini sebab aku begini. Sedangkan aku sendiri gagal mengenalpasti kenapa aku begini. Kenapa aku begini? Apa yang menyebabkan aku macam ni? Apa punca aku?

Ramai yang berkongsi, mereka begini ketika usia meginjak ramaja. Ah, remaja belasan tahun. Yang sentiasa ingin mencuba semua perkara. Baik yang buruk mahupun sebaik malaikat. Kata mereka, jika tidak mencuba, "ah, Kau kolot"

Tapi,
Pada aku, aku bermula seawal kanak-kanak lain sibuk mengenali apa itu perkataan 'couple'. Sedang si kanak-kanak perempuan sedang sibuk mengetahui apa tu haid? Sedang si kanak-kanak lelaki sibuk memerhati tumbersaran hormon-hormon pada rakan perempuannya. Dan tika itulah aku bermula.

"Macam mana kau suka dia? apa yang menyebabkan kau menyukai dia?"

Ah, soklan ini.. Hampir terlupa mcm mn aku mengenali dia sebenarnya. Hampir luput dari ingatan bagaimana aku mula rapat dan tertarik pada dia. Hampir pupus detik-detik aku mula mengambil berat pasal dia. Yang aku tahu, aku sayang dia. Terlalu sayang sampai tak mahu dia terluka. Terlalu sayang sampai aku ingin di sampingnya melindunginya, menyayanginya.Terlalu sayang.

Seawal Tahun 6.
Seawal usia 12 tahun
Seawal haid yang pertama.
Seawal itulah sayang aku pada dia.

Sampai sekarang, aku sendiri ragu apa itu sayang. Sampai sekarang aku lupa apa itu rindu.

'Sampai bila kau nak bersikap mcm ni? Smapai bila kau nak berkelakuan mcm ni? Kau tahu ia salah. Kau tahu ia dosa, Tapi kau kerap mengulanginya. Kau tak jahat. Kau bukan dikalangan degil. Kau tahu hukum hakam. Tapi kenapa kau masih mcm ni?'

Soalan yang tak pernah ada penyelesaian.
Soalan yang tak pernah terungkai jawapannya.
Soalan yang kau sendiri tak pernah mahu mencari jawapan itu.

Lelaki bersikap melindungi. Tapi jika mereka tiada sikap itu, kenapa kau perlu hidup bersama mereka? Kau mampu melakukan apa saja. Kau mampu memiliki apa saja. Kau mampu. Dan kau tak perlukan mereka.

Ah!
Egonya kau tika melafazakan 'kau mampu'
Bongkaknya kau waktu kau mengaku dengan megah kau tak perlukan mereka.

Apa sebenarnya kau takut pada perkahwinan?
Apa sebenarnya kau takut pada ikatan yang meragut nyawa kau?

Buntu.
Sangat buntu....

No comments:

Post a Comment