blank

blank
confused

Saturday, September 10, 2011

SELEPAS ITU

asal la aku mesti nk kecewa, sedih je ni? penat dah aku..

alkisah nya... si dia mengajak aku kluar makan. bersama. tiba masa selepas mengambilku terus ke rumah temannya sekali tnpa memberitahu ku apa2 langsung.. setibanya kami di rumah sua tingkat lot tengah itu, aku ditinggalkan sendirian di dalam motokar. menunggu lebih 15min yang hampir ke 30 min, kemudian si dia keluar dan masuk semula tanpa apa2 bicara. aku bagaikan anak patung yang duduk kaku melunjur kecil memandang ke hadapan kosong.. tertutupnya pintu motokar setelah langkah akhir teman-temannya, si dia memecut keluar menuju ke jalan utama. bertelagah senda sebentar mengenai lokasi mengisi perut, si peneman di sebelah tetap umpama batu nisan. lokasi yang hnya beberapa km dari pintu masuk belakang tempat pengajian menjadi saksi kemurangan si patung. sebelum itu, suasana dlm motokar ceria dengan isu lain, malah tiada peluang langsung untuk berbicara..

sama-sama mengadap rezeki, tawa dan hilai berselang seli. namun si patung ttp hnya si patung.. kanak-kanak juga mampu membilang patah bicara si patung. jarum merangkak perlahan-lahan mendekati angka 12 yang akan menggenapkan ke jam 10. namun si dia yang mengetahui perkara itu hnya diam seperti tiada apa yang berlaku. terperanjat seketika bila diajak pulang disebabkan mempunyai perjumpaan di sana.. dan hati si patung berkata-kata "mcm mn blh igt?"... ah, siksanya si patung...

anggapannya dapat berbicara sepanjang perjalanan itu, tapi malangnya sangat hampa. si teman bersama menjadikan emas berada di dalamnya. meninggalkan motokar tanpa banyak bicara..dikuatiri akan menimbulkan kekecohan yang berlaku. toleh pon hnya sekadar mengelakkan terlalu ketara. oh hati.. rasanya mau pecah di buatnya.. meluap-luap tanpa dapat ditahan langsung.

amarah yang ditahan, hnya cecair jernih yang keluar. betapa peritnya si patung menahan amarah hingga ia bertukar sedih. oh hati.... klau kau blh keluar skg, igin saja dipukul, dihentak, dirobek supaya keluar rasa itu.. supaya tenang jiwa si patung..

ah... matanya bengkak.. dibasahi bergelen-gelen cecair jernih yang melekit bercampur garam. hnya berdoa tiada yang pelik berlaku di bibir matanya esok. dan hanya tuhan tempat memohon di cekalkan hati..

No comments:

Post a Comment